Make your own free website on Tripod.com

                                   

MATLAMAT  ASRAMA

 

        ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TIDAK BERBUAH

MAKSUD AYAT AL-QURAN  UNTUK RENUNGAN SEMUA                    

Allah s.w.t. tidak memberkati seseorang melainkan apa yang terdaya.Dia mendapat pahala atas kebaikan yang diusahakannya. Dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata) Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah laku.Wahai tuhan kami! janganlah bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami!.

 Wahai tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan atas kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.Dan maafkanlah kesalahan kami,serta ampunkanlah dosa-dosa kami.Dan berilah rahmat kepada kami.Oleh itu,tolonglah untuk mencapai kemenangan terhadap  kaum-kaum yang kafir.

maksud  ayat Al-Quran

 

 

 

 

KATA - KATA HIKMAH KHULAFA' UR RASYIDIN

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. Berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
* Hatinya selalu berniat suci
* Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
* Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
* Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
* Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
* Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
* Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan
yang sia-sia.
* Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran
daripadanya.
* Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
(memelihara diri dan hati-hati dari dosa).
* Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang- menyayangi.
* Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
* Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
* Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang
banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga
dirinya, berarti dia tidak wara', sedang orang yang dak wara' itu berarti
hatinya mati.