Make your own free website on Tripod.com

Falsafah SMA Persekutuan, Labu

Falsafah sekolah  ialah selaras dengan falsafah pendidikan negara

Sebagai usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,

rohani,dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

tuhan.Tegasnya pada akhir pendidikan ini,akan lahir rakyat yang

menghayati kebesaran Allah dan bertakwa kepada Allah menerusi

ilmu pengetahuan,pembinaan akhlak yang mulia dan berharmoni

sesama manusia dan makhluk Allah yang lain sesuai dengan tuntutan

agama yang menghendaki hamba-Nya menjadi khalifah untuk

memakmurkan bumi ini.

                      KATA - KATA HIKMAH KHULAFA' UR RASYIDIN

               Syd. Abu Bakar rha. Berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas
daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

* Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh
warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
* Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
* Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan
untuk kejahatan pula.
* Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara
berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab Rha. Berkata :
* Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
* Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
* Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
* Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya
akan terjaga.